Sep 25, 2009

Danga Island



Danga Island salah satu projek Danga Bay di JB dikatakan salah satu projek menjual tanah rakyat Johor kepada rakyat Singapura. Danga Island ni berkonsepkan rumah dalam bandar, bandar dalam pulau pertama di Malaysia di atas tapak seluas 152 ekar bernilai RM850 juta.

Sebab harga dia memang mahal gila - dari RM4 juta hingga RM11 juta. Tak mampu orang JB nak beli. Kalau nak beli pun banyak lagi projek perumahan lain di JB boleh dipilih. Kalau beli rumah kat Bandar Putra, Kulai mahu dapat 20-30 biji. Rakyat Johor memanglah tidak mampu dan kena akur terpaksa jual tanah kepada rakyat Singapura.

Tapi apa nak dihairankan projek mega Danga Bay tang perumahan tu memang sebenarnya di open kepada rakyat negara luar kerana mereka mempromosikan program "Malaysia My Second Home" oleh kerajaan Malaysia yang membenarkan foreigner tinggal lebih lama di Malaysia sehingga 10 tahun dengan Pas pelawat sosial.

Pemohon yang layak boleh membawa isteri,anak,pasangan, ibu bapa tinggal di Malaysia. Tujuan utama program ini mestilah dari sektor pelancongan yang memberi masyuk kepada Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails