Aug 10, 2010

SalaM rAmadHan

Assalamualaikum wbt.. Buat kesekian kalinya, Alhamdulillah kerna kita masih lagi di beri peluang untuk bertemu dengan Ramadhan yang mulia. Sehendaknya, Ramadhan kali ini lebih baik lagi pengisiannya berbanding yang telah lalu, insyaAllah. Baru-baru ni, sempat mendengar sedikit ceramah mengenai Ramadhan sementara menunggu seseorang di Masjid, isinya jangan kita biasakan diri memanggil bulan Ramadhan dengan bulan puasa, kerana di dalam Ramadhan itu terlalu banyak isinya dan bukan hanya dengan puasa. Jadi bersamalah kita membiasakan diri dgn menggunakan perkataan bulan Ramadhan dan bukan bulan puasa. Hanya untuk menyegarkan kembali ingatan terhadap niat berpuasa:

Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya (sebulan):

Maksudnya: Sahaja aku puasa untuk sebulan pada bulan Ramadhan kerana Allah Taala.

Mengikut mazhab Imam Shafie, niat hendaklah dilakukan pada setiap malam. Para ulama berpendapat kita boleh bertaklid mengikut mazhab Imam Maliki yang mengharuskan niat puasa untuk sebulan Ramadan: Iaitu berniat untuk sebulan Ramadan dengan tujuan jika terlupa niat mana-mana malam di bulan ramadan niat mengikut Imam Maliki itu boleh dipakai. Niat Imam Maliki hendaklah dilakukan pada malam pertama puasa. Namun niat setiap malam hendaklah dilakukan.

Lafaz niat puasa harian Ramadhan



Maksudnya :"Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini keranan Allah Taala

Niat berbuka puasa :

niat-berbuka-puasa

Maksudnya: “Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang”.


Jadi nya, insyaAllah. Jagalah diri baik2, semoga sentiasa berada di dalam perlindungan Allah hendak nya,,,

No comments:

Post a Comment

Share |
Related Posts with Thumbnails