Mar 11, 2011

Jepun dilanda tsunami susulan gempa bumi 8.9 magnitud

Jepun dilanda gempa bumi berukuran 8.9 magnitud di timur laut negara itu dan menyebabkan tsunami setinggi empat meter yang menghanyutkan kereta dan meruntuhkan bangunan di sepanjang perairan dekat pusat gempa.

Terdapat laporan kecederaan akibat daripada kejadian berkenaan di Tokyo.Di beberapa tempat sepanjang peairan Jepun, rakaman televisyen menunjukkan kerosakan teruk akibat tsunami, dengan puluhan kereta, bot dan bangunan dihanyutkan air.
Sebuah kapal besar dihanyutkan tsunami yang merempuhnya ke arah tembok penahan di bandar Kesennuma, wilayah Miyagi, kata stesen ootage on public broadcaster NHK.

Pegawai sedang menilai jumlah kerosakan, kecederaan dan kematian akibat daripada gempa bumi tetapi tiada maklumat diperoleh setakat ini. Gempa bumi itu berlaku pada jam 2.46 petang dan diikuti siri gegaran kuat termasuk 7.4 magnitud kira-kira 30 minit selepas itu. Berikut gambar - gambar akibat bencana.

TEMBOK runtuh menghempap kenderaan di tempat letak kereta di Bandar Mito, Wilayah Ibaraki, Jepun akibat gempa bumi berukuran 8.9 magnitud melanda, hari ini. - Foto AFP

PANDANGAN udara keadaan tsunami yang melanda Lapangan Terbang Sendai, Jepun, hari ini - Foto Reuters

RUMAH yang dihanyutkan tsunami berhampiran Lapangan Terbang Sendai akibat gempa bumi berukuran 8.9 magnitud yang melanda Jepun, hari ini. - Foto Reuters

PAPARAN video dari NHK TV Jepun menunjukkan kapal yang musnah akibat dihanyutkan tsunami di pelabuhan Bandar Hanchinohe, Wilayah Aomori, Jepun hari ini. - Foto AFP

PAPARAN video dari NHK TV Jepun menunjukkan kenderaan yang dihanyutkan banjir tsunami di Jepun akibat gempa bumi berukuran 8.9 magnitud, hari ini. - Foto AP

PAPARAN video dari NHK TV Jepun menunjukkan kapal yang musnah akibat dihanyutkan tsunami di pelabuhan Bandar Hanchinohe, Wilayah Aomori, Jepun hari ini. - Foto AFP


sumber : berita harian

No comments:

Post a Comment

Share |
Related Posts with Thumbnails