Dec 15, 2010

Kemunculan Planet X/Nibiru,,,Planet ke-12 ???


Kebelakangan ini isu kemunculan Planet X/Nibiru telah hangat di perkatakan semula.Berikut serba sedikit informasi untuk di kongsi bersama dan kaitan nya dengan bumi pada 2012.Pada zaman Mesopotamia dan pada era kegemilangan kota babylon yang diperintah oleh raja Nebuchadnezza terdapat satu dongeng tentang planet yang ke12 (termasuk matahari dan bulan) didalam sistem solar kita yang sekarang dkenali sebagai Planet X.

Planet X ini dikenali sebagai Nibiru atau Tiamat dipercayai mempunyai dua orbit tidak seperti planet yang lain yang mempunyai satu orbit sahaja.

Dikatakan didalam skrip (batu bersurat) Cuneiform setiap 3600 tahun, Nibiru akan menghampiri ruang orbit diantara bumi dan bulan. Pada pertengahan tahun 2003 telah terdapat khabar angin Nibiru telah melalui sistem solar dan menghampiri bumi. Jika berlaku, planet Bumi akan berhenti mengorbit selama 3hari. Catatan ini juga terdapat didalam lagenda Hopi dan epik kaum Maya. Namun sekarang ia tinggal tanda tanya kerana kita sudahpun mencapai tahun 2006.

Planet Nibiru dipercayai mempunyai ukuran 4x lebih besar dan 23x lebih padat dari planet Bumi. Muka buminya yang tandus, letusan gunung berapi, gempa bumi dan bencana alam lain, boleh memudaratkan hidupan-hidupan yang menghampirinya. Ini kerana Nibiru dipercayai berkuasa magnetik yang boleh menganggu kestabilan geografi bumi.

Banyak kajian mengenai planet ini dilakukan. Namun kewujudannya masih menjadi misteri. Ia sukar dikesan walaupun melalui alat teropong planet, kerana kedudukannya yang berada jauh dari Pluto. Malahan pusingan orbitnya yang berlawanan menyukarkan lagi ia dikesan. Pada pendapat para pengkaji planet Nibiru jika ia memasuki orbit kita. Kemungkinan planet Bumi bertembung dengan Nibiru adalah besar. Malahan pada tamadun tersebut juga Nibiru juga dipanggil Tiamat. Adakah ia satu sebutan bagi kiamat?


No comments:

Post a Comment

Share |
Related Posts with Thumbnails